Sunday, November 18, 2012

Kem Rabbani' 2011

Assalammualaikum :) Hehehe, cuti sekolh ni kan, teringat pulak pasal kem-2 yang banyak dianjurkan kan? Hahaha x) This is my 1st experience and i really enjoy it! Yup, ni tahun lepas punya bukan tahun ni. Cuma baru na bercerita lah katakan. Hahaha x) Saya dapat kenal ramai kawan dari sekolah-2 lain dan dari daerah-2 lain tapi of course lah yang ramai nya budak-2 Srini kan? Okay, srini tu Sekolah Rendah Islam Nurul Iman. Dia bukan sekolah rendah kebangsaan yang biasa. Dia sekolah agama :) Ada asrama. So, kami ada tempat untuk tidur :) Kak Fauzana adalah kakak paling caring saya rasa. Dia ketua bagi peserta perempuan, dia lah paling tua dalam kalangan kami. Dia ketua paling caring! Aku sakit perut gila nak mati masa tu, sampai dekat tangga surau, aku dah bertenggong. tak boleh nak bangun, nasib baik kak fauzana perasan. Dia temankan aku pergi amik wuduk, tolong aku nak solat. Caring kan? Dia comel jugak btw. Ada yang lawak, Aina dia jadi ketua kumpulan Mujahidah An Najjah *bukan kumpulan aku* Aina kan jenis dramatis sikit. So, agak menyampa jugak sebenarnya.. Bila dia expalain apa yang dia buat kat peserta yang lain and ada budak-2 tanya soalan bodoh.. dia pun naik berang and cakap "eh, soalan tu kena betul sikit tau?" "saya tak nak soalan bodoh" *k lebih kurang macam tu* and aku pandang fasi, diorang gelak. Sumpah lawak. Dramatis gila ayat dia! So, saya tak nak cakap banyak. Nikmati gambar je lah.
so, me tu aku lah kan? hahaha. Look, makin lama makin lentok. Sebenarnya masa nih, fasi suruh musahabah diri. And fasi buat cerita sedih. Tapi persoalannya? Kenapa aku tak nangis? Malah tidur dengan nyenyak?!
Okay. So, ni game untuk riadah. Fasi discuss malam. Panas gila bila kumpulan lain kata kumpulan kiteorang meniru diorang. Oh, ya.. aku geng ngan Aisyah Zulkefle --'
This musahabah diri lagi. Part budak laki. Konon feeling.
Game ni best. Ketua kumpulan tak tutup mata rasanya tapi kena baca satu kertas pastu ketua kumpulan ni kena bawak ahli kumpulan lain pergi jalan-2. Paling aku benci, diorang tarik-2 aku punya baju.. rimas woo. Eh, cop! Ketua kumpulan tak baca kertas tapi dia bagi arahan. Kalau dia suruh lompat, kita pun lompat. Kalau dia suruh bongkok, kita pun bongkok tapi agak akward lah sebab buat dalam tutup mata kan? So, maybe itu je lah kot. Hahaha. Tempat mandi selalu penuh, fasi selalu lepaskan 30 orang macam tu dalam 10 minit kena habis mandi. Psstt, aku tak mandi pun. Ambil wudhuk je. Lol xD bila masuk bilik mandi budak perempuan pun bising/menjerit "Jiha! Tutup pintu!!" yah, aku selalu lambat tutup pintu. Hahahaha xD yang diorang gedik duk depan pintu siapa suruh, yedak? Paling aku benci waktu aku nak buang air kecil. Masa tu lepas makan and lepas makan kena pergi surau nak solat isyak. And aku punyalah tak tahan. Then, aku jumpa satu tandas kosong.. and sorang minah gedik nih masuk tandas yang aku nak masuk tu. Punyalah lama. aku ketuk pintu, dia boleh buat nehen je! Tandas dah lah seram. Suddenly, hazi ngan aisyah tinggalkan aku. Bahjah lagilah. Tak boleh harap! *hembus tahi hidung* so, aku tak jadi buang. tertahan lah sampai esok! Perghh, lama gila kan? Tandas surau lagi seram, najis terapung. Errr *muntah* dorm kiteorang ada tandas.. tapi fasi tak bagi guna walau tengah malam sekali pun kalau dah tak tahan jugak pergi turun bawah tak boleh guna tandas tu. Tandas pelajar jauh woo. *bajetnyeww* So, macam-2 budak aku jumpa. Paling aku tak suka budak gedik tu. Mentang-2 ada budak suruhan, apa dia nak, dia suruh budak tu ambilkan. Perghh, senior konon! Okay, waktu nak balik paling sedih. Ibu bapa dijemput, and aku ambil tempat duduk yang dekat speaker tu. Perghh, boleh pekak telinga aku kalau duduk lagi lama kat situ. Lagi sedih apabila kumpulan aku tak menang. Sob sob x'( So, ustaz tu cakap menghentak. Telinga aku pun menghentak. Lol x) So, ustaz ni buat cerita, memang aku nangis. Aku tengok bahjah duk sebelah aku, dia tidur? macam mana dia boleh tidur dekat dengan speaker ni? Handal kau bahjah. Aku marah lah dia, kenapa dia tak nangis. Lawak tak? hahaha. So, aku punya tuala lap hingus tertinggal :'( Tudung hazi pun tertinggal and aku chat ngan dia, tudung kau tertinggal.. pastu dia balas "tak sanggup aku nak datang balik" hahaha. K, the best momment dalam kem ni, ustaz ceramah, ramai yang tidur! yeay! Aku cuba untuk lari dari tidur tapi tanpa disedari bahawa aku sedang berada dalam mimpi. Hahaha xD Tidur pukul 12 pagi tapi ada yang tidur pukul 2,3 pagi and bangun kena pukul 4:45 pagi, nak qiamulail, solat subuh, ceramah. So, many things i had learn. Solat dengan cara betul and many more! K, assalammualaikum. Mungkin itu je kot. Hahah. Byeee :'(

A note, somewhere in May 2025

One of the things I wish I'm good at is the ability to speak my mind articulately. It frustrates me to the core that I'm unable to d...