Monday, August 31, 2020

begitula ceritanya

Ramai orang cakap yang 2020 ni tak wujud. Banyak sangat bencana. Banyak juga ujian. Lain orang lain ujian dia. Kita semua punya perspektif berbeza when it comes to it. Yang penting, jangan banding. Bersyukur dengan ujian. Itu tanda Allah sayang. Boleh jadi penghapus dosa juga.

Hujung bulan Jun dan awal bulan Julai, mak mengadu sakit. Selalu mak kalau sakit, boleh lagi ke dapur, masak untuk keluarga tapi kalini teruk sampai nak bangun pun tak larat. Bangun pun, nak solat je. Pastu reda untuk beberapa minggu setelah ke klinik dan dibekalkan beberapa jenis ubat. Kemudian, 2 minggu sebelun Julai habis, patutnya kami ke Temerloh, ada kenduri kahwin sedara. Memang dah plan dah dengan sedara mara nak buat family trip la gitu tapi apakan daya, kami tak dapat la bersama. 

Sakit mak melarat, jadi kami sepakat bawak mak ke hospital. Time ni memang mak nak bercakap pun tak larat. Perlahan je suara mak. Nak bangun pun tak larat. Kita tengok pun sedih sebab tak pernah tengok mak macam ni tapi takde la menangis depan mak. Orang kata jangan tunjuk sedih depan orang sakit, nanti dia terus unmotivated. Turned out, mak kena hantar ke hospital Manjung pulak, sebab macam serius. 

Maka, 2 hari pertama di hospital Manjung, kak Siti jaga. Semua okay. Terkawal. Alhamdulillah. 

Esoknya, giliran aku jaga mak sebab kak Siti ngan kak Sarah akan kembali ke PJ dalam maghrib camtu. Tapi time asar, kak Sarah datang lawat mak, nak salam la nak balik kan. Tetibe mak mengadu sesak nafas, 5 doktor datang keliling mak. kak Sarah masih di sisi mak tapi kak Sarah nak balik jadi dia cepat cepat suruh aku naik dan aku pun nak naik sebab nak solat asar, lagi 45 minit camtu nak maghrib dah ni. Jadi kami pun pass baton, tapi aku pegi surau dulu, nak kejar asar. Habis je lipat telekung, phone bunyi, ayah call. "Dr cari kau tu, kau kat mana? Pegi cepat". Aku rushing ke wad. Pastu time nak ke ward, abg naim pulak call. Sambil bercakap ngan abg naim, aku pergi ke nurse. Pastu dia bawak aku jumpa doktor. Time otw jumpa doktor, nampak katil mak. Nampak mak tengah baring terlentang camtu. Tak sedarkan diri. Ada 4 doktor sekeliling mak tengah tepuk tepuk tangan mak. Dalam hati dah panik, tapi aku cuba tenang sebab doktor tengah cakap ngan aku. Sambil doktor explain, aku tahan air mata jap. Tak pernah tengok mak camtu. Terkejut. "Okay, kalau boleh awak duduk jauh sikit ye dari mak". Aku pun keluar kejap cari nafas. Phone asyik berdering. 

Ayah lang call. Dia cakap dia nak melawat tak boleh, pagar dah tutup. Dia tak tau lagi pasal keadaan mak. Time ni aku diam je. Cakap pun "hm" "hm" je sebab tengah tahan nangis. Tapi gagal, terus keluar suara menggigil "Mak tak sedarkan diri. Kritikal. Mohon doakan ye ayahlang". Terus suara risau. "Allahuakbar, baik baik. Ayahlang doakan" sambil mengumat doa untuk mak dalam bahasa Arab. Lepas ayahlang call, abg naim pulak. Abg Naim dah kat Behrang, dia dari rumah, nak balik KL. "Ha apa jadi kat mak? Kenapa dr call abang?" Masa ni tahan nangis lagi. Aku diam je. Time ni abg Naim tengah berhenti kat masjid. "Mak tengah tak sedarkan diri" suara aku menggigil. Bayangkan tak pernah nangis depan family. Abg Naim speechless. "so, patut ke abang teruskan perjalanan?" "tak tau la" sambil nangis. Tetibe ayah pulak call. "jap, ayah call" "ha okay". Ayah pulak call. "Ha kenapa ngan mak?" sambil ada suara kak Sarah kat belakang. Suara risau. "Nak kami patah balik ke?" "Takpe la" padahal tak kuat. 

(note: abg naim yang sudah di Behrang tadi patah balik ke rumah. risau. kak siti dan kak sarah pun tak jadi balik PJ. berita yang aku sampaikan ke whatsapp group buat semua tak tenang dan berdebar jadi semua decided untuk cuti seminggu.)

Malam tu rasa macam lama sangat. Dr pakar datang explain keadaan mak. Mak memang tengah under ICU. Means: kritikal. Pukul 10 malam baru boleh rilek sekejap. Mata dah penat nak tido tapi lapar. Jadi, makan la kejap. Sambil whatsapp kak siti, bagitau dia yang aku tak kuat nak hadap mak dalam keadaan camni. Dia setuju nak datang awal pagi ganti aku. 

Lusanya, giliran aku jaga. Tengah lap lap badan mak, ada sorang makcik ni tengah tengok aku buat kerja. Makcik ni nak ambik anak dia. Anak dia satu malam je kat wad tu. Sebab awkward tengok makcik ni tenung je aku lap badan mak, aku pun berbual la sambil sambil tu, pastu dah habis berbual, dia pegi ke anak dia. Pastu dalam 5 minit camtu dia datang balik. Ada duit rm20 kat tangan dia. Dia salam sambil bagi aku duit tu. "eh makcik, apa ni?" "eh takpe, ambik je la. makcik doakan mak awak cepat sembuh" time tu mashaAllah speechless. Terus cakap terima kasih. Moga makcik tu sentiasa dalam rahmat Allah swt. Baiknya manusia. 

Sepanjang kat hospital, banyak orang baik aku jumpa. Banyak bagi pengajaran. Banyak benda boleh buat muhasabah diri. Sesungguhnya hospital ni memang boleh buat kita insaf. Contoh masa malam pertama aku jaga mak. Itu memang psiko otak. Nak tido, tapi bunyi mesin keliling mak tu buat aku anxious. resah. Jadi, tak tido la aku dibuatnya. Tido sejam, bangun sejam, tido sejam, bangun sejam. Berapa kali terbangun sambil jantung berdegup laju. Masa ni aku memang tak kuat tapi aku doa je la mampu. Anxiety aku buat aku rasa nak muntah, pening kepala tahan resah tapi Alhamdulillah, despite all of that, aku dapat hadap. 

Lepas tu mak masuk ICU. Dah masuk ICU, kami tak dapat la jaga. Jadi duduk rumah sama-sama, bacakan yasin dan solat hajat ramai ramai. Setiap hari kami lawat mak. Ulang alik. Manjung- Kg Gajah. Nak dekat sejam la perjalanan. 

Dalam keadaan macam ni, family je la paling banyak buat aku bersyukur. Bersyukur selalu susah sama-sama. Senang pun sama-sama. 

Pastu minggu depannya, aku accident. Aku drive time tu. Time tu raya haji ketiga kot. Orang masih ramai. Abang-abang semua busy melapah. Tapi tetap datang lastnya, ayah sekali datang. Camne boleh accident tu takyah citer la hahaha. Alhamdulillah takde siapa cedera cuma mata aku la sampai sekarang cam tak selesa sangat. Maybe power naik kot sebab aritu tak tau la mungkin kaca ke apa masuk mata. Then, mata aku calar. Dr kata cam sisik ular. Yekkkk tapi appointment kedua tu dia kata mata dah okay. Hehehe Alhamdulillah cuma maybe power aku naik kot. 

Alhamdulillah, after 2 weeks in the hospital, mak dah discharge. Dah seminggu dah mak kat rumah ni. 

Tapi keadaannya masih lemah sebab bedsore tu menyakitkan sangat. Doakan mak saya. Bestfriend kami semua adik beradik. Cepat sihat, mak! 

31/8/2020


Powered By Blogger

Another Blog :